Monday, September 22, 2014

TEH HIJAU


ANTARA KEBAIKAN YANG KITA BOLEH DAPAT DALAM TEH HIJAU

*Penuh dgn antioksida-dimana bleh menolong mengurangkn lemak-lemak atau  
kolestrol dalam badan

*Menjaga tekanan darah
*Merawat batuk
*Menguatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan penyakit
*Kulit menjadi cantik,bersinar,rambut sihat,muda,hilang bintik-bintik dan   

  sebagainya. 
  so fresh!
*Menurunkan kadar kolesterol
*Anti oksidan / awet muda
*Meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
*Melindungi fungsi ginjal
*Mencegah diabetes
*Mencegah keracunan
*Mencegah bau mulut
*Mengurangkan risiko strok
*Kaya mineral dan vitamin
*Membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
*Mencegah kerosakan gigi
*Melancarkan sistem pencernaan
*Mencegah hepatitis
*Melindungi paru-paru daripada racun rokok.
*Teh hijau juga kaya dgn EGC(Epigallocatechin) dan GC(gallocatechin) iaitu   

  antioksida yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkn   
  sel2 kanser
*Mencegah penyakit kardiovaskular (penyakit jantung dan arteri tersumbat)
*Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
*Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
*Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
*Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari   

  kereputan dan patah



TELUR .. TELUR .. TELUR ..



CIK ZUE suka makan telur..yg boleh masuk tekak nie telur rebus jer..telur dadar ker mata kerbau ker jarang-jarang jer CIK ZUE makan..naseb telur rebus leh masuk tekak nie..heheeeee

meh CIK ZUE share pasal telur nie:-

satu kajian menunjukkan yang individu yang makan dua biji telur sebagai sarapan selama dua bulan setiap hari hilang lebih 65% berat badan berbanding individu yang makan roti bagel setiap hari walaupun jumlah kalori kedua-dua makanan itu sama saja? Pemakan telur juga mengurangkan 61% jisim badan dan rasa lebih bertenaga dari subjek kajian yang makan bagel 
korang boleh rujuk link nie..

best tak telur nie..?? bagus tuk diet tau.. CIK ZUE dahh try dan ianya berhasil (tepuk tangan semua..heheheeee).. 

Thursday, September 18, 2014

KEHEBATAN MINUM AIR KOSOSNG

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

dipetik dari: http://psipum.org/

Friday, September 12, 2014

MERAH YOU!!!

arinie mood merah merah gitu..entah ler, tetiba dtg mood nakk pakai merah menyala nie..tak tanye punn kannn..hahahaaaa..sajer tanye, jwb sendiri..ahakksssssss

mehh belanje sekeping gambo CIK ZUE..jgn muntah udahh ler..hahahahaaaaaa

Thursday, September 11, 2014

CUKA EPAL


Apple cider vinegar atau dikenali sebagai ACV adalah sejenis cuka yang dibuat dari epal dan warnanya dari kuning pucat hingga warna seperti amber. ACV telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV untuk merawat sakit telinga. Hippocrates, yang sering digelar 'bapa perubatan moden' juga pernah didapati menetapkan ACV sebagai sebahagian kaedah rawatan. Juga disebut dalam banyak teks zaman dahulu yang menyatakan sebagai penawar untuk berbagai jenis penyakit. 

Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan kepada kita. Ia mengandungi semua nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal. 

ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang anda dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya. 


Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis. 

Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam. 

ACV juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh ACV setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka.  

Begitulah sebahagian dari manfaat yang didaapati dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain memastikan ia organik, anda mestilah memilih ACV yang mengandungi 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik. 



Gambar menunjukkan perbezaan dua jenis ACV, yang di atas adalah jenis ORGANIK jenama Solana Gold dan BRAGG yang mengandungi 'mother' berwarna pekat manakala di bawah ini BUKAN ORGANIK yang telah ditapis berwarna jernih keemasan.   

Untuk panduan pembaca sekelian, ACV jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV ORGANIK dan boleh ditemui di rak barangan organik di pasaraya Jusco/AEON di seluruh negara. Harga untuk botol setengah liter hanya RM12.  Kedua-duanya diimport dari AS.




Status ACV Dalam Islam 
Dalam dunia Islam, masih terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama tentang status halal haram ACV. Ini kerana ia bermula dari perahan kemudian menjadi alkohol lalu selepas itu berubah pula menjadi cuka. Memandangkan ia TIDAK MEMABUKKAN sebaliknya mendatangkan lebih BANYAK KHASIAT dan FAEDAH kesihatan, kenapa ia perlu diharamkan.  Yang pasti, produk terakhirnya ialah dalam bentuk cuka, bukan lagi dalam keadaan alkohol. Pihak TSM mengambil pendirian dan percaya kepada pendapat ulama yang mengatakan ianya adalah HARUS.

Ada terdapat banyak riwayat Rasulullah berkenaan cuka. Berikut antara riwayat yang pernah diceritakan oleh para sahabat;
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum...

hyee korang-korang semua..wat per tue..?? nie blog kedua CIK ZUE yer, yg dulu2 tue tak aktif dahh..hohohohoooo
selamat berkenalan yer ;)